BM | EN | 中文

MAHASISWA KRITIKAL, KREATIF BANGUNKAN MODAL INSAN

sheikh-umar-uthm-festkon.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 19 OKT: Mahasiswa perlu keluar daripada kebiasaan dan zon selesa bagi menghadapi cabaran yang semakin kompleks, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Justeru itu katanya, penguasaan elemen berfikir dan menyelesaikan masalah secara kritikal melalui komunikasi digital, kolaborasi dan kreativiti pada semua peringkat pembelajaran wajar menjadi agenda utama dalam usaha pembangunan modal insan.

Katanya, revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dijangka membawa perubahan ketara yang akan memberi kesan besar dalam kehidupan manusia khususnya mahasiswa dalam mendepani cabaran era revolusi industri.

Advertisement

“IR 4.0 bukanlah fenomena yang baharu, tetapi kesinambungan hasil kemajuan yang telah dicapai oleh manusia dalam bidang sains dan teknologi.

“Kesemua Revolusi Industri telah membawa perubahan dalam pekerjaan dan cara hidup kita,” kata Sheikh Umar pada majlis perasmian Festival Konvokesyen (Feskon) dan Perarakan Town and Gown 2019 di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM), 16 Oktober lalu.

Beliau yang juga Adun Paloh berkata, katanya sinergi antara pelajar dan masyarakat menandakan sebuah perkembangan yang sihat dalam konteks meningkatkan kerjasama strategik secara berpasukan melalui pelbagai aktiviti khususnya keusahawanan.

Advertisement

“Dalam masa yang sama, semua pengalaman yang berjaya digarap sedikit sebanyak dapat mendidik pelajar nilai-nilai kegigihan, berdikari, fokus dan keyakinan diri serta kecekalan untuk tidak mudah berputus asa.

“Saya percaya, selain daripada memupuk nilai tambah bagi meningkatkan sumber pendapatan, aktiviti keusahawanan akan membantu membangunkan potensi diri dan meningkatkan daya saing mahasiswa yang tidak dipelajari secara teori dalam dewan kuliah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top