BM | EN | 中文

MAHASISWA JOHOR PENENTU RUPA WAJAH NEGERI DAN NEGARA

mb-johor-sahruddin-jamal.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OGOS: Kerajaan mengiktiraf peranan besar golongan muda, terutamanya para mahasiswa dengan menyifatkan sumbangan mereka penting sebagai persediaan menjadi pelapis pimpinan yang akan meneruskan hala tuju negara pada masa akan datang.

Justeru, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, golongan mahasiswa perlu diraikan, dipupuk dan diberikan dorongan dari pelbagai sudut termasuk melalui penghargaan dan bantuan daripada kerajaan.

“Golongan anak muda merupakan penentu rupa wajah negeri Johor dan Malaysia pada masa depan.

Advertisement

“Hakikatnya, kejayaan yang mereka capai kelak adalah kejayaan negeri dan negara ini,” kata Sahruddin pada Majlis Anugerah Ikon Siswa Johor 2018, di Pulai Springs Resort disini, kelmarin.

Sahruddin yang juga Adun Bukit Kepong menambah, mahasiswa Johor perlu berusaha untuk memberikan terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi di atas landasan iman dan takwa.

Advertisement

Beliau memetik kata-kata sarjana Islam terkenal, Imam Al-Ghazali yang menyebut bahawa “dalam menaakul rupa bentuk sesebuah negara pada masa hadapan, maka lihatlah pada anak-anak mudanya pada hari ini”.

“Saya penuh keyakinan dan percaya, sekiranya sasaran pembangunan belia disasarkan ke landasan yang benar dan tepat, sudah tentu hala tuju pembangunan anak muda dapat direalisasikan kerana ia adalah suatu pengharapan, citra dan wadah ke arah terhadap pembangunan anak muda yang dinamik dan progresif,” kata Sahruddin.

Pada majlis tersebut, Majlis Anak Johor Universiti Pendidikan Sultan Idris (Major) menerima anugerah bagi kategori Persatuan Anak Johor Terbaik dan Anugerah Siswa Johor Terbaik (Kepimpinan)

Advertisement

Majlis Anugerah Ikon Siswa Johor merupakan acara tahunan yang dianjurkan bagi mengiktiraf dan menghargai kejayaan pelajar dan badan mahasiswa Johor dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan program mahasiswa.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri, Aminolhuda Hassan.

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top