BM | EN | 中文

MAHASISWA HARAPAN MASYARAKAT BANGUN PROGRAM BERIMPAK TINGGI

IMG-20191122-WA0004.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 22 NOV: Usaha kerajaan negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mengiktiraf peranan mahasiswa Johor diteruskan lagi melalui pelaksanaan projek-projek kemasyarakatan berimpak tinggi.

Menurut Muhammad Sollehin Md Satar, pegawai bahagian pembangunan mahasiswa YPJ, 23 projek berimpak tinggi oleh mahasiswa Johor di institut pengajian tinggi di seluruh negara telah berjaya dilaksanakan mulai April 2019.

Advertisement

“Antara projek yang dijalankan mahasiswa ialah inovasi serunding cendawan Volvariela Universiti Malaysia Kelantan (UMK), inovasi straw semulajadi Green Joy Straw Universiti Malaysia Pahang (UMP), bidang robotik Educational Robotics Sets Universiti Teknologi Malaysia dan penerapan bidang kesihatan Fit Woman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Selain itu ‘Mahasiswa Harapan Masyarakat’ turut membina modul pendidikan i- Smart Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Compozolla Universiti Sains Malaysia (USM) khusus untuk penternak dan petani, dan mentoring pendidikan Synergize Your Potential si Universiti Malaya.

“Inisiatif mengangkat mahasiswa menjadi detik nadi pembangunan mengandungi 23 projek melibatkan 450 orang mahasiswa, menyasarkan seramai mungkin masyarakat penerima manfaat,” kata Sollehin dalam satu kenyataan.

Advertisement

Sementara itu, melalui program sama di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membawakan inovasi mesin pembersihan sungai dan keusahawanan menerusi projek Hero Sungai Kita, E-Perusahaan Industri Kecil, dan Lend Me Your Hand.

Manakala di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil dengan Philo Street, Visit@Kota, dan Betta Farm At School yang membangunkan kawasan tarikan pelancong dan meningkatkan kemahiran pelajar kelainan upaya (OKU).

Di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Pasir Gudang mahasiswa mendekati masyarakat orang asli dan usahawan kecil menerusi projek Rainbbot dan Lokalistik.

Advertisement

Tambah Sollehin, projek J-Smart Leadership turut dijayakan di Kolej Universiti Islam Melaka selain Islamic Child Edu (ICE) di Kolej Pengajian Islam Johor Marsah bagi mendekati masyarakat berkenaan asas-asas pendidikan Islam dan kepimpinan.

“Projek berteraskan keusahawanan sosial masyarakat berpendapatan rendah turut diterapkan melalui projek inovasi sambal bunga kantan Sambalkant di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), projek baja kompos dan aiskrim gula apong di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),” kata Sollehin.

Program Mahasiswa Harapan Masyarakat turut diadakan di program Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Segamat melalui inovasi bawang putih Garlicious selain projek Nazz E-Bantu dan pisang Abu Jauhar di Universiti Malaysia Terengganu UMT).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top