BM | EN | 中文

MAHARANI SEMARAKKAN MERDEKA

Featured-Pix.jpeg

Oleh: Amni Jagat

MUAR, 27 OGOS: Sebanyak 7000 Jalur Gemilang telah diedarkan kepada penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani menerusi program ‘Maharani Kibar Jalur Gemilang’ sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-62.

Adun Maharani, Nor Hayati Bachok berkata program tersebut diadakan untuk menyemarakkan lagi sambutan hari kebangsaan serta menanamkan rasa cinta kepada tanah air.

Norhayati (kanan) sedang memasang bendera di salah sebuah teksi di bandar Maharani

“Jika boleh kita mahu menghiasi Bandar Maharani ini dengan kibaran Jalur Gemilang dan ia sekaligus mempamerkan rasa semangat cintakan negara.

“Selain itu kami telah memberikan sebanyak 3000 bendera yang dipasang pada kenderaan di Maharani terutamanya teksi dan pengangkutan awam yang lain.

“Kita juga telah mengagihkan sebanyak 2000 bendera kepada murid sekolah-sekolah sasaran kita dalam program berkenaan.

“Saya merasakan program ini amatlah baik kerana selain memupuk semangat cinta pada negara kita juga secara langsung dapat memberikan khidmat kepada negara dengan publisiti terhadap bendera kebanggaan kita,” Nor Hayati berkata ketika dihubungi Johorkini.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Pakatan Harapan (PH) Muar.

Antara program yang diadakan adalah edaran bendera pada kenderaan di tempat awam, penyerahan bendera kepada ketua-ketua kampung serta pimpinan kawasan, termasuk edaran kepada agensi kerajaan yang berada di sekitar Muar, Johor.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top