BM | EN | 中文

Mah Sing sasar jualan RM1.6 bilion tahun ini

mah-sing.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Mah Sing Group Bhd menyasarkan jualan RM1.6 bilion untuk tahun kewangan 2021 dengan lebih menumpukan kepada rumah bertanah mampu milik.

Pemaju hartanah itu dalam satu kenyataan berkata, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, ia mencapai sasaran jualan RM1.1 bilion biarpun berdepan dengan kesan daripada pandemik COVID-19.

Pencapaian itu, katanya, didorong khususnya oleh strategi dalam pemasaran digital dan tawaran hartanah mampu milik di lokasi strategik iaitu Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Advertisement

“Meneruskan momentum ini, Mah Sing turut menyaksikan peningkatan kukuh dalam jualannya pada awal 2021 di mana kumpulan berjaya mencapai jualan kira-kira RM250 juta dalam dua bulan pertama.

“Dengan pencapaian penjualan sebanyak RM1.35 bilion dalam tempoh 14 bulan terakhir ini serta sejajar prospek hartanah yang lebih baik tahun ini, kumpulan kini menetapkan sasaran jualan lebih tinggi sebanyak RM1.6 bilion untuk keseluruhan tahun ini.

“Ia akan membabitkan 91 peratus produk hartanah berharga di bawah RM700,000 dan 51 peratus di bawah RM500,000,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisement

Bernama yang melaporkan kenyataan Mah Sing berkata, ketika ini syarikat itu mempunyai simpanan tanah seluas 840 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV).

Jualan belum dibil dianggarkan bernilai RM24.64 bilion yang mampu memberikan hasil kepada kumpulan untuk lapan tahun lagi.

Bagi tahun kewangan penuh 2020, Mah Sing merekodkan keuntungan bersih RM100.4 juta manakala pendapatan diraihnya adalah sebanyak RM1.53 bilion.

Advertisement

Syarikat merekodkan keuntungan bersih RM28.13 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2020, susut 37.35 peratus daripada RM44.9 juta pada suku sama tahun lalu.

Pendapatannya bagi suku dikaji bagaimanapun meningkat 6.81 peratus kepada RM472.78 juta daripada RM442.64 juta pada suku sama tahun lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top