BM | EN | 中文

Mah Sing gesa kerajaan negeri libatkan pemaju dalam rangka polisi perumahan Johor

Mah-Sing-gesa-kerajaan-negeri-libatkan-pemaju-dalam-rangka-polisi-perumahan-Johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 DIS: Kerajaan negeri Johor digesa mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang polisi baharu termasuk mewajibkan pemaju menyediakan infrastruktur telekomunikasi dalam setiap pembangunan pada masa depan.

Ketua Pegawai Operasi Mah Sing Group Bhd (Mah Sing), Benjamin Ong Chin Yee berkata langkah tersebut penting kerana pemaju perlu memberi pandangan mereka sendiri supaya setiap polisi yang ditetapkan kelak memberi manfaat kepada sektor hartanah.

“Setiap polisi yang dibuat perlu mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk pembeli, pemaju dan pemegang saham.

Advertisement

“Ini kerana sebagai pemaju, cabaran kami adalah bagaimana untuk mematuhi keperluan (ketetapan) itu tetapi pada masa sama, masih boleh menawarkan kediaman pada harga yang mampu milik.

“Hal ini penting kerana sebarang polisi baharu akan mengakibatkan tambahan kos, yang secara tidak langsung memberi kesan kepada harga kediaman,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran kediaman Acacia di Galeri Jualan Mah Sing, di Jalan Kong Kong-Masai, Pasir Gudang, Sabtu lalu.

Advertisement

Ong berkata demikian sebagai mengulas rancangan kerajaan Johor yang mahu menjadikan penyediaan kemudahan telekomunikasi sebagai syarat mandatori kepada pemaju dalam merangka pelan pembangunan di Johor pada masa depan.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad sebelum ini berkata langkah itu dibuat kerana mengganggap kemudahan telekomunikasi adalah utiliti utama yang sama penting seperti bekalan air dan elektrik.

Justeru sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri menjadikan infrastruktur telekomunikasi atau aspek digital sebagai syarat wajib dalam pelan pembangunan.

Advertisement

Bagaimanapun, katanya, langkah itu akan dikaji lebih mendalam supaya mendapatkan kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan dalam pelaksanaannya.

Dalam perkembangan lain, Ong berkata, pihaknya berbangga dengan Pasir Gudang yang dinaik taraf sebagai sebuah bandar raya, pada 22 Nov lepas.

“Sebagai pemaju, perubahan status ini bermakna kepada kami kerana Mah Sing mempunyai projek di Pasir Gudang dan langkah ini sudah pastinya akan memberi nilai tambah dari segi pelaburan tanah dan hartanah yang kami dilakukan,” katanya.

Advertisement

Menurutnya, Johor merupakan pasaran yang penting kepada Mah Sing, justeru itu, lebih banyak pelaburan hartanah akan dibuat pada masa depan, selain meningkatkan secara agresif simpanan tanah di negeri ini.

Mengenai projek Acacia, Ong berkata, ia merupakan pembangunan rumah teres dua tingkat sebanyak 187 unit yang dijual dengan harga bermula RM498,000.

Dengan keluasan pembinaan 1,838 kaki persegi, sebanyak 80 peratus daripada unit itu setakat ini sudah terjual, katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top