BM | EN | 中文

Mah Sing cadang terbit Sukuk Murabahah bernilai RM100 juta

mah-sing-group.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 SEPT: Mah Sing Group Bhd merancang untuk menerbitkan sehingga RM100 juta nilai nominal Sukuk Murabahah boleh tukar boleh tebus untuk tempoh tujuh tahun bagi tujuan pelaburan dan modal kerja.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, pemaju hartanah itu berkata nota jangka sederhana Islam itu dijangka diterbitkan secara langsung atau tawaran saham persendirian atas dasar usaha terbaik tanpa prospektus kepada pelabur.

“Sukuk Murabahah boleh ditukar kepada saham biasa baharu dalam Mah Sing dari tarikh terbitan sukuk itu sehingga tarikh matang,” katanya.

Advertisement

Syarikat telah memperuntukkan RM95 juta daripada hasil kasar untuk membiayai pelaburan perniagaan dan baki lima peratus untuk modal kerja am.

Cadangan Sukuk Murabahah itu, dengan harga penukaran sebanyak 75.5 sen, tidak akan memberi impak segera kepada modal saham terbitan dan modal saham berbayar syarikat yang sedia ada.

“Bagaimanapun, jika dan apabila Sukuk Murabahah ditukarkan pada masa depan, modal saham Mah Sing akan meningkat dengan sewajarnya,” katanya.

Advertisement

Hong Leong Investment Bank Bhd telah dilantik sebagai penasihat utama, pengatur utama, pengurus utama dan pihak penyerahan bagi program itu.

Mah Sing menyelesaikan terbitan pertama Sukuk Murabahah bercagar dan tidak diberi penarafan bernilai RM600 juta dalam nilai nominal di bawah program Sukuk Murabahah bernilai RM1 bilion pada 13 Mac, 2020.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top