BM | EN | 中文

Macau Scam: Mungkin ada anggota polis Johor terlibat – Ayob Khan

Ayob-Khan-Ketua-Polis-Johor.jpg

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan (Gambar Ehsan The Star)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 OKT: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay tidak menolak kemungkinan terdapat anggota polis yang terlibat dengan sindiket Macau Scam di negeri itu.

Katanya, ini satu kemungkinan memandangkan terdapat peningkatan kes penipuan sindiket tersebut di Johor tahun ini.

“Kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengesan sekiranya terdapat penglibatan anggota dan pegawai polis dalam kegiatan itu.

Advertisement

“Namun buat masa ini, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat.

“Mungkin pada masa akan datang ada. Kalau ada, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan dan Komuniti Kepolisian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di Pâradigm Mâll di sini semalam.

Advertisement

Beliau berkata, Polis Johor akan terus menjalankan siasatan bagi mengesan sekiranya terdapat penglibatan atau anggota atau pegawainya dalam sindiket tersebut.

“Kita akan terus menjalankan operasi untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap Macau Scam dan judi online. Macau Scam dan judi online ini berkait rapat.

“Ini kebanyakan melibatkan warganegara China,” katanya lagi.

Advertisement

Tambah beliau, pada bulan September sahaja seramai 15 warganegara China diberkas kerana terlibat dalam kegiatan itu di negeri ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top