BM | EN | 中文

LZS agih RM7.5 juta bantu 150 masjid, sekolah agama terkesan bah

LZS-agih-RM7.5-juta-bantu-150-masjid-sekolah-agama-terkesan-bah.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop (kanan) dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor Salwana Ahmad Dahlan (kiri) menunjukkan sumbangan meja murid kepada Kafa Integrasi RTB, Bukit Changgang pada 28 Januari 2022 (Gambar Ehsan SelangorKini)

SHAH ALAM, 28 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntuk RM7.5 juta bagi membantu 150 masjid, surau dan sekolah agama di negeri ini yang terjejas banjir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Saipolyazan M. Yusop berkata sumbangan itu bagi menggantikan karpet, peralatan masjid, perabot sekolah dan buku teks yang musnah.

“Melalui peruntukan pascabanjir itu, setiap masjid, surau dan sekolah agama menerima sumbangan zakat sehingga maksimum RM50,000,” katanya, lapor SelangorKini.

Simbolik penyerahan bantuan disempurnakan Saipolyazan kepada Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor Salwana Ahmad Dahlan dalam satu majlis di sini hari ini.

Sebelum itu, LZS turut menyerahkan kerusi dan meja kepada Kafa Integrasi Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang dan bantuan pembelian karpet kepada Masjid Ar-Rahmah, Bukit Changgang.

Seramai 47,413 mangsa bah menerima bantuan zakat berjumlah RM37.17 juta setakat 31 Disember lalu.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top