BM | EN | 中文

Luluskan RUU anti lompat parti sebelum pilihan raya negeri – MP Kota Melaka

Ahli-Parlimen-Kota-Melaka-Khoo-Poay-Tiong.jpg

Gambar Ehsan Roketkini

Advertisement

MELAKA, 6 OKT: Akta anti lompat parti perlu segera diluluskan pada persidangan Parlimen akan datang, kata Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Katanya, kejatuhan kerajaan negeri Melaka semalam menunjukkan keperluan itu dan tanpa undang-undang berkenaan pilihan raya yang bakal berlangsung hanya akan membawa kepada lebih banyak lompatan parti.

“Akta anti-lompat parti ini harus diluluskan di sidang parlimen yang akan datang, sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

Advertisement

“Tindakan melompat parti menyebabkan orang ramai hilang percaya terhadap sistem politik negara.

“Tindakan sedemikian menyampaikan mesej yang salah kepada jutaan pengundi muda yang akan mengundi untuk kali pertama dalam pilihan raya yang akan datang.

“Saya percaya bahawa ramai rakyat Malaysia yang sudah penat dan muak dengan permainan politik sedemikian,” katanya, lapor Roketkini.

Advertisement

Beliau menegaskan sama sekali tidak bersetuju dengan sebarang bentuk tindakan melompat parti oleh mana-mana wakil rakyat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, demi kepentingan politik sendiri.

Tambahnya lagi, negara kini dalam proses pemulihan dari pandemik Covid-19 dan pilihan raya negeri berkemungkinan besar mengganggu proses pemulihan negara.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top