BM | EN | 中文

LPPKN JOHOR SEDIA UJIAN MAMOGRAM PERCUMA KEPADA 3,500 WANITA

cai-tung-1.jpg
Advertisement

PONTIAN, 6 OKT: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyediakan ujian mamogram secara percuma kepada 3,500 wanita yang berumur 40 keatas di negeri Johor.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung menyeru seluruh wanita di negeri ini menjalani pemeriksaan mamogram ataupun pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dari semasa ke semasa.

Katanya, bulan Oktober merupakan bulan kesedaran kanser payudara dan pemeriksaan kesihatan secara berkala amat perlu dilakukan bagi memastikan tahap kesihatan golongan wanita dalam keadaan terkawal.

Advertisement

“Jika kita sihat, barulah ada kemampuan untuk meyumbang kepada masyarakat dan negara,” kata Cai Tung pada majlis perasmian jelajah MARI (Mesra, Aktiviti, Riadah dan informatif) daerah Pontian di Dewan Orang Ramai Ayer Baloi, disini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, LPPKN Johor turut menawarkan perkhidmatan rawatan subfertiliti kepada pasangan yang mengalami kesukaran memperolehi cahayamata dengan kadar harga yang lebih rendah berbanding hospital swasta.

Beliau memetik laporan kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), bahawa secara purata para ibu di negara ini menginginkan empat orang anak.

Advertisement

Namun kebanyakan mereka hanya mampu memiliki dua hingga tiga orang anak dan antara faktor penghalang keluarga di negara ini mencapai saiz diinginkan adalah keadaan kewangan dan perkahwinan lewat yang memendekkan tempoh kesuburan pasangan.

“Bagi penjawat awam, kos rawatan kesuburan yang dilakukan di LPPKN boleh dituntut semula melalui jabatan masing-masing.

“Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kos rawatan yang terpaksa ditanggung oleh pasangan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top