BM | EN | 中文

LPP SASAR 1 JUTA PELADANG

IMG-20191023-WA0008.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OKT : Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mensasarkan seramai 1 juta peladang menjadi ahli dalam pertubuhan tersebut menjelang 2021.

Menurut Pengerusi LPP, Datuk Mazlan Aliman, pertambahan keahlian bertujuan dapat menggalakkan anak muda anak muda terlibat aktif dalam perniagaan yang sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

“Sasaran kita pada kali ini adalah peladang muda kerana kita mahu menggalakkan anak muda untuk berkecimpung dalam dunia ini.

Advertisement

“Jumlah orang muda dalam peladang sekarang ini adalah sebanyak 15 peratus dan kita mahu pembabitan anak muda ini mencapai sehingga 30 peratus.

“Kempen kali ini kita akan menyediakan kaedah yang mampu menarik golongan tersebut menceburi bidang pertanian,” katanya.

Mazlan berkata, LPP juga akan menyediakan tarikan seperti pembiayaan bantuan kemudahan, teknologi dan tanaman berbentuk moden seperti di negara maju.

Advertisement

“Selain itu, sasaran ini dibuat bagi menarik minat orang ramai bagi menjadi ahli Peladang adalah dengan membabitkan golongan seperti masyarakat Felda, Felcra dan sebagainya.

“Sebelum ini, masyarakat di Felda dan Felcra mereka ini juga terbabit dengan pertanian jadi tidak salah untuk mereka menjadi serta terlibat ahli Peladang.

“Selama ini pun memang ada unit Peladang dalam Felda dan Felcra cuma ia tidak meliputi ke semua tempat jadi kempen kita kali ini adalah untuk menggalakkan mereka menjadi ahli peladang,” katanya.

Advertisement

Berikutan itu, beliau akan menjalankan beberapa lagi kempen untuk menarik pelbagai lapisan serta latar belakang untuk bersama-sama dalam LPP.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top