BM | EN | 中文

LPNM sumbang lima tan buah nanas kepada mangsa banjir, barisan hadapan

LPNM.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 Jan — Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menyumbang sebanyak lima tan buah nanas pada bulan ini ketika negara dilanda musibah banjir yang melanda beberapa negeri serta pandemik COVID-19.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LPNM Mohd Khairuzamri M. Salleh yang menanggung tugas Ketua Pengarah berkata sumbangan ini diberikan untuk mangsa-mangsa banjir di Lipis, Maran dan Jerantut Pahang serta kepada barisan hadapan negara iaitu Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Penjara di Johor Bahru sebagai menghargai jasa mereka dalam melaksanakan tugas ketika pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, sumbangan kepada mangsa banjir itu adalah inisiatif di bawah MAFI PRIHATIN yang digerakkan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) serta agensi-agensi di bawahnya dalam meringankan beban kepada mangsa banjir serta sebagai satu bentuk sokongan moral bagi mengembalikan semangat dan keceriaan kepada mereka yang ditimpa musibah tersebut.

Advertisement

Beliau berkata sumbangan buah nanas ini juga merupakan satu bentuk promosi kepada masyarakat untuk mengamalkan pemakanan nanas setiap hari yang mempunyai banyak khasiat dan nutrisi seperti kandungan vitamin C yang tinggi, vitamin B6, Folate, Thiamin, Potassium serta enzim bromelin yang dapat memanfaatkan tubuh badan manusia.

Selain buah, LPNM juga turut menyumbang kit nanas sebanyak 120 kotak yang berisi dapur gas mini, tepung, gula serta produk-produk makanan nanas kepada mangsa-mangsa banjir.

LPNM merancang untuk meneruskan sumbangan buah kepada barisan hadapan termasuk kakitangan Hospital serta Pusat Kuarantin di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang pernah dilaksanakan pada PKP Mac 2020.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top