BM | EN | 中文

LPNM sumbang dua tan nanas kepada petugas barisan hadapan

sahruddin-jamal.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 FEB: Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) hari ini menyumbang dua tan buah nanas kepada petugas barisan hadapan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam memerangi pandemik COVID-19.

Pengerusinya Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata sumbangan itu sedikit sebanyak diharap dapat menyuntik semangat petugas barisan hadapan dalam menjalankan tugas mereka.

“Sumbangan ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan barisan hadapan dalam menghadapi pandemik COVID-19. Ia juga sebagai tanda ingatan pihak LPNM kepada barisan hadapan kita,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Beliau dalam masa sama turut menasihati orang ramai supaya menekankan penjagaan kebersihan dan kesihatan dalam kehidupan seharian pada setiap masa.

Dr Sahruddin berkata majikan atau penyelia sektor dalam senarai perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi juga perlu sentiasa memastikan pekerja dan pelanggan tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top