BM | EN | 中文

Lotus’s Malaysia buka cawangan perdana di Pulau Pinang, Johor

lotus-desa-tebrau.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia), yang sebelum ini dikenali sebagai Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, telah melancarkan cawangan perdana kedua dan ketiganya, Lotus’s Penang E-Gate (Pulau Pinang) dan Lotus’s Desa Tebrau (Johor), semalam.

Lotus’s Malaysia adalah jenama baharu hasil daripada pengambilalihan Tesco Malaysia oleh konglomerat multinasional yang berpangkalan di Thailand, Charoen Pokphand Group Co Ltd (CP Group), Disember lepas.

Menerusi pengambilalihan itu, Lotus’s Malaysia kini mengambil alih operasi Tesco yang sedia ada dengan lebih 8,600 pekerja merangkumi satu ibu pejabat, dua pusat pengedaran dan 62 cawangan kedai di seluruh Semenanjung Malaysia.

Advertisement

Peruncit itu telah membuka cawangan perdana pertamanya di Kepong, Kuala Lumpur pada Mac tahun ini.

Presiden Lotus’s Malaysia Kenneth Chuah berkata kumpulan itu akan memperluaskan penjenamaan semula ke semua cawangan kedainya mulai bulan ini.

“Sasaran kami adalah untuk menyelesaikan kesemua cawangan menjelang akhir tahun ini dan terus melabur di dalam negara untuk membuka lebih banyak cawangan kedai di masa depan: katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena pelancaran kedua-dua cawangan perdananya.

Advertisement

Beliau menambah kumpulan peruncit itu juga akan mengembangkan kapasiti membeli-belah dalam talian berdasarkan pemiintaan pelanggannya yang semakin meningkat.

“Aplikasi yang kami miliki serta halaman web akan diperbaiki untuk pengalaman pelanggan yang lebih lancar.

“Bergerak ke hadapan, kami akan meningkatkan perkhidmatan untuk memberikan Iayanan terbaik kepada pelanggan,” kata Chuah sambil menambah peruncit itu telah berhenti menawarkan beg plastik sekali guns di kaunter pembayaran.

Advertisement

Beliau berkata ini adalah sejajar dengan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018 — 2030 bagi menjadikan negara ini lebih bersih dan lestari slam sekitar menjelang 2030.

“Sebagai sebahagian daripada CP Group, kami menyedari pentingnya menyelesaikan masalah sampah plastik.

“Inisiatif kami untuk tidak lagi menawarkan beg plastik sekali guna di kaunter pembayaran melengkapkan prinsip perniagaan kelestarian kumpulan,’ katanya.

Advertisement

Dengan mesej ‘Bring Home Change, Chuah berkata kumpulan berhasrat menyebarkan kesedaran dengan menunjukkan bahawa tindakan mudah dengan menggunakan semula beg beli-belah boleh memberikan kesan besar kepada alam sekitar.

“Bersama-sama, kami komited untuk mempromosikan dan memulihara kualiti persekitaran, mendidik dan memupuk penglibatan dalam perubahan tingkah laku pengguna untuk pembangunan lestari; katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow turut memuji inisiatif tanpa beg plastik yang diambil oleh peruncit itu.

Advertisement

“Dalam usaha berterusan kita mencapai kelestarian masa depan untuk semua, kita perlukan pemimpin dalam industri runcit untuk menerajuinya.

“Lotus’s dengan rangkaian 62 cawangan kedai seluruh negara, adalah peruncit terbesar di dalam negara yang memulakan inisiatif ini dan kami berharap peruncit lain, tidak kira besar atau kecil, akan membuat perubahan yang serupa,” kata beliau.

Inisiatif bebas penggunaan plastik ini telah dilaksanakan di tiga cawangan perdananya dan akan meliputi baki cawangan kedai di seluruh negara, mulai 1 Julai 2021.

Advertisement

Sejajar dengan inisiatif ini, pelanggan yang menggunakan beg guna semula mereka sendiri akan memperoleh lapan mata ganjaran Clubcard untuk setiap beg.

Mata ganjaran terkumpul ini kemudiannya boleh ditukar menjadi baucar tunai yang dapat digunakan untuk perbelanjaan di mana-mana cawangan kedai Lotus’s.

Pelanggan boleh membawa beg sendiri atau membeli beg Lotus’s yang boleh digunakan semula. la terdapat dalam empat variasi dengan harga antara 50 sen hingga RM9.90.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top