BM | EN | 中文

Lorong kanan laluan Simpang Renggam-Sedenak akan ditutup empat bulan – PLUS

sedenak-simpang-renggam-PLUS-lebuh-raya-Johor.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Lorong kanan di antara Simpang Renggam dan Sedenak, Johor di KM50.15 hingga KM46.5 Lebuh Raya Utara Selatan akan ditutup selama empat bulan kepada semua kenderaan sehingga 4 April tahun depan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf penghadang jalan besi di bahagian tengah lebuh raya yang akan digantikan dengan tembok penghadang konkrit bertujuan mengelakkan insiden kenderaan berat terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Sepanjang tempoh itu, trafik di laluan terbabit akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan.

Advertisement

“Pelanggan menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV disediakan.

“Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan dikeluarkan kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top