BM | EN | 中文

Lori terbalik, ‘durian Segamat’ bertaburan di lebuh raya

Lori-terbalik-1-tan-durian-bertaburan-di-lebuh-raya.jpg
Advertisement

SEREMBAN, 24 JUN: Sebuah lori dengan muatan durian yang sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Segamat, Johor terbalik dalam nahas di Kilometer (Km) 279.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) berhampiran Nilai, dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira tujuh km dari kawasan rehat dan rawat (RnR) Seremban sekitar pukul 1.55 semalam.

“Kemalangan dikatakan berpunca apabila lori yang dipandu lelaki berumur 25 tahun itu hilang kawalan dipercayai selepas tayar belakang pada bahagian kiri kenderaan itu pecah sebelum terbabas dan terbalik di lorong kiri lebuh raya.

Advertisement

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori dan kelindan berusia 52 tahun mengalami kecederaan ringan manakala buah durian yang dianggarkan seberat 1,000 kilogram (1 tan) bertaburan di atas jalan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman di bawah “Rule 10 LN 166/59”.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top