BM | EN | 中文

Lori terbalik dilanggar bas ekspres

accident-19.jpg

Keadaan kemalangan yang berlaku

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 6 FEB: Sebuah lori yang membawa barang plastik terbalik setelah berpusing akibat dilanggar bas ekspres di kilometer 9.1 Lebuhraya Linkedua menghala ke Tuas kira-kira jam 3.45 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kemalangan menyebabkan pemandu bas ekspres L Arumugam,39 mengalami bengkak di bahagian kaki; pemandu lori, K Letchumanan, 55 mengalami retak tulang belang dan kelindan lori itu, L Keshavanaath, 22 pula cedera di lutut serta.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Arumugam yang memandu bas berkenaan bersama 26 penumpang dari Teluk Intan , Perak menuju ke Singapura dipercayai telah melanggar belakang sebuah lori yang mengubah haluan masuk ke lorongnya.

Advertisement

“Akibat daripada perlanggaran itu, lori yang dipandu Letchumanan yang membawa muatan barang-barang plastik iaitu botol kosong , beg plastik dari Jasin , Melaka menuju ke Singapura telah berpusing sebelum melanggar besi penghadang jalan dan terus terbalik.

“Manakala bas ekspres pula telah terbabas ke kiri jalan dan masuk longkang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Tambah Dzulkhairi, akibat kemalangan ini, bas tersebut rosak di bahagian hadapan sebelah kanan bahagian pemandu, manakala lori tersebut rosak di bahagian hadapan dan bumbung kerana terbalik di atas jalan”.

Advertisement

“Kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 43 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya lagi.

Beliau menasihatkan oang ramai untuk berhati-hati dan peka ketika mengubah lorong sewaktu memandu kerana kemalangan tersebut berlaku pada waktu pagi dalam keadaan cuaca baik di jalan lurus tiga lorong.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top