BM | EN | 中文

LORI BERTEMBUNG DI JALAN PAGOH-PARIT SULONG, DUA PEMANDU MAUT

LORI-BERTEMBUNG-DI-JALAN-PAGOH-PARIT-SULONG-DUA-PEMANDU-TERBUNUH.png
Advertisement

BATU PAHAT, 1 SEPT: Dua pemandu lori terbunuh manakala dua kelindannya pula cedera parah apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Pagoh-Parit Sulong di sini, pagi ini.

Dua mangsa itu ialah Muhamad Saiful Mohd Jemain, 31, pemandu lori membawa muatan ikan dan Tio Lian Seng, 46, pemandu lori ais.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, PBK II (Pegawai Bomba Kanan II), Mohd Nazri Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 6.50 pagi dan susulan itu, lima anggota bersama sebuah jentera digegaskan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. Operasi turut dibantu oleh empat anggota dari BBP Yong Peng.

Advertisement

“Kemalangan ini membabitkan dua buah lori yang membawa muatan ikan dan ais, yang mana lori ikan itu dari arah Pagoh menuju ke Yong Peng, manakala lori ais dari arah bertentangan.

Kedua-dua lori ini kemudian bertembung di lokasi kejadian yang merupakan sebuah selekoh, menyebabkannya terbabas ke bahagian tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Akibat pertembungan itu, Muhamad Saiful dan Tio dilaporkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di anggota badan.

Advertisement

Kelindan kedua-dua lori pula cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Azhan Abdul Halim yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top