BM | EN | 中文

Long Tiger dikuarantin, pendakwaan ditangguh

Long-Tiger.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JUL: Pendakwaan seorang lelaki etnik Rohingya, ‘Long Tiger’ yang dijadualkan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak, pagi ini, ditangguhkan berikutan dia perlu menjalani kuarantin.

Berita Harian memetik Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai berkata, arahan kuarantin itu disebabkan Long Tiger dipercayai mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti COVID-19.

Semalam, media melaporkan, Long Tiger akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak, pagi ini.

Advertisement

Ayob Khan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dilaporkan, mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk melakukan pendakwaan kes membabitkan Long Tiger selepas meneliti kertas siasatan.

Pada 14 Julai lalu, Long Tiger dilaporkan ditahan polis dalam satu serbuan di Muar kira-kira jam 9.45 malam pada 12 Julai kerana dipercayai terbabit dalam kes mengurung bekas pekerjanya.

Long Tiger direman empat hari bermula 13 Julai lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menggugut dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung dengan salah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top