BM | EN | 中文

LOKASI TAPAK MENARA TELEKOMUNIKASI DI TANJUNG PIAI DIKENALPASTI

Dzulkefly-ahmad-1-e1575508690779.jpeg
Advertisement

GELANG PATAH, 5 DIS: Tapak bagi pembinaan menara telekomunikasi di dalam kawasan parlimen Tanjung Piai telah dikenalpasti.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunkasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, kerja-kerja lapangan bagi menaiktaraf liputan jalur lebar di kawasan tersebut kini sedang giat dilakukan.

“Dari segi teknikal dan lawat periksa sudah disempurnakan oleh pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Advertisement

“Maknanya, dari segi bilangan menara bahkan lokasi dan koordinat dimana menara akan dibina sudah dikenalpasti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas penyerahan bantuan kepada pelajar dari enam sekolah Gelang Patah, dekat Hotel Phoenix Forest City, semalam.

Adun Kota Iskandar itu berkata, jawatankuasa Majlis Komunikasi dan Multimedia Johor yang akan ditubuhkan kerajaan negeri pada tahun depan akan menjadi ‘orang tengah’ bagi memantau dan mengatasi perkara yang dijangka boleh melambatkan proses pembinaan menara-menara telekomunikasi tersebut.

Advertisement

“Sebaik diluluskan awal Januari (2020) nanti, kita akan bersidang dan ia meliputi anggota termasuk pemegang taruh utama dalam bidang komunikasi termasuk penyedia utiliti,” katanya.

Beliau memberitahu, perlu difahami walaupun peruntukan pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) berjumlah RM21.6 bilion, namun ia melibatkan projek bagi kawasan di seluruh negara.

“Dari segi pelaksanaan, kerajaan pusat menyediakan separuh daripada dana tersebut. Selainnya adalah diatas dana padanan yang perlu melibatkan syarikat telekomunikasi.

Advertisement

“Bila melibatkan syarikat telekomunikasi ini, sudah tentu memerlukan kos-kos yang perlu dikurangkan,” katanya.

Tambahnya, kejayaan NFCP bergantung kepada kejayaan kerjasama tiga pihak iaitu MCMC, agensi kerajaan pusat, pemain industri iaitu syarikat komunikasi dan kerajaan negeri sebagai pentadbir tanah.

Pembinaan menara telekomunikasi di kawasan parlimen Tanjung Piai merupakan salah satu dari komitmen Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai, bulan lalu.

Advertisement

Difahamkan, tujuh buah menara telekomunikasi akan dibina dalam kawasan parlimen Tanjung Piai melalui dua fasa.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top