BM | EN | 中文

Lokasi berpusat bengkel penyimpanan, baiki jentera berat elak sungai tercemar

Ng-Sze-Han.png

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han mendengar taklimat daripada pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang ketika operasi merobohkan bengkel menyimpan dan membaiki jentera berat yang dibina tanpa kebenaran di tebing Sungai Garing, Rawang (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

GOMBAK, 2 DIS: Kerajaan negeri Selangor sedang mengenal pasti lokasi berpusat menempatkan bengkel menyimpan dan membaiki jentera berat di daerah Gombak.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata langkah tersebut diharap mengurangkan risiko pencemaran sumber air kerana kebanyakan bengkel terletak di tebing Sungai Rawang.

“Perkara paling utama adalah memastikan lokasi bengkel terletak jauh dari sungai kerana sering dikaitkan dengan insiden pencemaran.

Advertisement

“Contohnya struktur dirobohkan hari ini terletak hanya 20 meter dari sungai,” kata Ng Sze Han, lapor SelangorKini.

Beliau terdahulu meninjau operasi meroboh struktur bengkel berhampiran Taman Garing hari ini.

Pada 24 November, pihak berkuasa meroboh dua bengkel menyimpan dan membaiki jentera berat yang terletak hanya satu meter dari Sungai Rawang.

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari berkata lapan premis iaitu enam bengkel jentera dan dua kilang kitar semula yang dibina tanpa kebenaran di tebing Sungai Rawang akan diroboh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top