BM | EN | 中文

Loji Rawatan Air Sultan Iskandar henti operasi, 77 kawasan di Johor terjejas

masalah-bekalan-air-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 OKT: Sebanyak 77 kawasan di Johor terjejas bekalan air bersih membabitkan empat zon iaitu Pasir Gudang, Masai dan Tanjung Langsat serta Plentong di sini, sejak pagi tadi akibat gangguan air tidak terancang.

Kenyataan di media sosial rasmi Ranhill SAJ memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi ekoran kerja baik pulih kerosakan pada kabel pembekal elektrik ke Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Pihak Ranhill SAJ sedang berusaha memulihkan bekalan air ke sebahagian kawasan terbabit.

Advertisement

“Sebarang pemakluman akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan antara kawasan terbabit membabitkan zon Pasir Gudang ialah keseluruhan Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Taman Air Biru, Kampung Pasir Gudang Baru, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Taman Pasir Putih Kg Pasir Putih, Taman Tanjung Puteri Resort dan Taman Cendana.

Bagi zon Masai dan Tanjung Langsat, ia membabitkan kawasan Taman Scientex, Perindustrian Halal Park, Politeknik Ibrahim Sultan, Kampung Makam, FELDA Cahaya Baru, Kong-Kong, Bandar Layangkasa, Perumahan Desa Rakyat, Bandar Masai dan kawasan sekitar.

Advertisement

“Bagi zon Pandan pula, kawasan terjejas ialah kawasan industri Sri Purnama, Taman Seri Pandan, Taman Istimewa, Kangkar Tebrau Baru, Kampung Baru Tebrau, Kampung Ulu Pandan, Kampung Baru Pandan, Kampung Ubi, Kampung Melayu Pandan, keseluruhan industri Pandan, Pusat Perdagangan Pandan, Taman Gembira dan kawasan sekitar.

“Zon Plentong pula membabitkan Kampung Kuala Masai, Industri Tebrau, Permas Jaya, Senibong Cove, industri Desa Plentong, industri Sri Plentong, Taman Desa Harmoni, Sunway Bukit Lenang, Taman Molek, Taman Saujana, Taman Saujana Plentong dan kawasan sekitar,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top