BM | EN | 中文

Loji air baharu tampung keperluan penduduk Muar

IMG-20200131-WA0008.jpg

MUAR, 31 JAN: Kira-kira 143,805 pengguna bakal menikmati kemudahan bekalan air bersih secara berterusan tahun ini apabila Loji Rawatan Air (LRA) Pagoh di sini beroperasi sepenuhnya.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, loji yang berkapasiti 40 juta liter sehari itu bertujuan memenuhi bekalan air yang semakin meningkat di Pagoh.

“Sebelum ini kawasan Pagoh mendapat bekalan air dari loji-loji berdekatan. Namun permintaan bekalan air semakin meningkat terutama bagi keperluan pembangunan Hub Pendidikan di Pagoh.

“Pelaksanaan kemudahan ini secara tidak langsung mengatasi beberapa masalah gangguan bekalan air di sekitar Muar terutamanya menjelang musim perayaan,” katanya.

LRA Pagoh merupakan projek kerajaan persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang melibatkan kos berjumlah RM105 juta bagi pembinaan sebuah loji baharu.

Manakala RM9.7 juta lagi diperuntukan bagi pembinaan rumah pam air terawat dan tangki pengimbang serta sistem rangkaian paip.

Loji tersebut bakal memenuhi permintaan bekalan air di seluruh kawasan Pagoh, seluruh kawasan Panchor, sebahagian Jalan Bakri dan Jalan Haji Kosai, Jalan Bukit Mor, sebahagian jalan Muar – Batu Pahat dan sekitar kawasan Sungai Abong.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top