BM | EN | 中文

LKIM FOKUS SOSIO EKONOMI NELAYAN

IMG-20191112-WA0018.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 12 NOV : Melihat kebanyakkan nelayan hari ini terpaksa bertarung dengan peningkatan kos sara hidup, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mahu fokus terhadap menarik taraf sosioekonomi golongan berkenaan.

Menurut Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, taraf ekonomi nelayan perlu dipertingkatkan dengan pelbagai cara selain bantuan yang diberikan oleh masyarakat.

Advertisement

Menurutnya, LKIM telah merencanakan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan permasalahan berkenaan dengan ekonomi nelayan di negara ini.

“Mereka (nelayan) ini adalah hero dan kita perlu angkat nasib mereka dan antara rencana yang kita buat adalah mewujudkan keluarga nelayan sebagai peniaga.

“Kita telah berjaya menjalankan aktiviti Pasar Nelayan di Selangor, Sabah, Negeri Sembilan dan di Johor pun kita telah buka.

Advertisement

“Di pasar berkenaan nelayan akan mampu menjual hasil tangkapan mereka tanpa ada orang tengah seperti selama ini dan nelayan mampu menjual dengan harga yang lebih tinggi berbanding menjualnya pada orang tengah.

“Kita akan menggalakkan ahli keluarga nelayan untuk menjadi peniaga di pasar berkenaan sebagai langkah meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Nelayan di Parlimen Tanjung Piai, di sini, semalam.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Advertisement

Beliau memberitahu, kewujudan Pasar Nelayan tersebut, faedah bukan sahaja diterima oleh nelayan malah pengguna juga akan mendapat manfaat dari segi harga makanan laut akan jauh lebih murah kerana tidak wujud golongan orang tengah.

Muhamad Faiz

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan LKIM telah memperuntukkan sebanyak RM 7.17 juta untuk Skim Pembangunan Ekonomi nelayan sebagai suatu inisiatif nelayan membangunkan ekonomi mereka.

“Kerajaan juga telah menyediakan dana bantuan kepada nelayan yang ingin berniaga melalui permohonan ahli keluarga mereka.

Advertisement

“Hasil tangkapan mereka itu boleh dipelbagaikan lagi bukan sahaja menjual secara langsung hasil tangkapan mereka malah ia juga boleh dijadikan produk-produk makanan yang lain.

“LKIM juga akan membantu mereka di kalangan nelayan yang memohon untuk berniaga melalui Skim Pembangunan Ekonomi Nelayan,” ujarnya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top