BM | EN | 中文

LITAR MOTOCROSS FELDA AIR TAWAR 4 KEMBALI PULIH

Motocross-Gambar-Hiasan.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 11 OGOS– Litar Motocross Felda Air Tawar 4 telah dipulih dan dibangunkan kembali hasil inisiatif Persatuan Gerakan Generasi Felda (PGGF) bersama Kelab Sukan Bermotor Kota Tinggi dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Kerja pembaikan litar bermula pada hujung Julai dan telah siap minggu lalu dengan kos berjumlah RM 8,000 bukan sahaja boleh digunakan untuk aktiviti Motocross malah boleh dijadikan trek jogging dan juga aktiviti berbasikal.

Pengerusi PGGF Negeri Johor, Muhammad Shah Saron berkata, usaha berkenaan bertujuan menarik anak muda kampung melakukan aktiviti sihat di litar berkenaan selain memperkenalkan aktiviti ini ke peringkat antarabangsa.

Advertisement

“Litar motocross ini satu ketika dulu pernah menganjurkan perlumbaan peringkat kebangsaan dan negeri yang disertai oleh pelumba-pelumba luar negara seperti Thailand, Australia, Jepun, Amerika, New Zealand, Indonesia, Singapura dan beberapa pelumba dari negara lain.

“Usaha baik pulih dilakukan ini juga bertujuan untuk menyegarkan kembali tempat latihan pelumba tempatan yang semakin aktif menyertai pertandingan di daerah lain.

“Ia melibatkan kerja meratakan serta membersihkan kawasan litar yang telah lama tidak beroperasi,” katanya seperti di laporkan SH Online.

Advertisement

Tambah beliau lagi, kerja naik taraf trek berkenaan dapat dimanfaatkan golongan muda tempatan dengan aktiviti lasak dan ruang latihan bagi pelumba tempatan yang semakin aktif menyertai pertandingan motocross di daerah lain.

Beliau turut bercadang menganjurkan pertandingan sempena bulan kemerdekaan bagi mempromosikan kembali litar berkenaan.

Jelasnya, apa diharapkan dengan kerja naik taraf trek berkenaan dapatlah golongan muda tempatan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dengan aktiviti sukan lasak itu.

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top