BM | EN | 中文

Liputan internet di beberapa kawasan di Batu Pahat perlu dipertingkat – Adun Parit Yaani

Aminolhuda-Hassan-Adun-Parit-Yaani-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 7 APR: Capaian internet yang rendah berikutan kekurangan prasarana dan infrastruktur di beberapa kawasan di Batu Pahat menimbulkan kesukaran kepada penduduk tempatan, menurut Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan.

Aminolhuda berkata, perkara itu memberi kesan kepada penduduk, apatah lagi kerajaan sebelum ini telah mengeluarkan arahan sistem ‘bekerja dari rumah’ selain pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) kepada pelajar sekolah.

“Keadaan ini amat membimbangkan kerana di kawasan bukan pedalaman pun sukar mendapat capaian internet.

Advertisement

“Kita mahu kerajaan menyelesaikan perkara ini dengan segera agar semua pihak dapat menikmati liputan yang baik.

“Dalam keadaan sebegini, cita-cita dan harapan untuk mengamalkan norma baharu sepanjang pasca Covid-19 ini agak sukar,” ujarnya ketika ditemui.

Menurut Aminolhuda, antara kawasan dikenalpasti berdepan masalah ketiadaan liputan menyeluruh adalah Kampung Parit Yaani Tengah, Parit Lintang Luar, sekitar kampung kecil dan semuanya kampung yang terbabit tersebut berada dalam Dun Parit Yaani.

Advertisement

Tambah Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu lagi, kelewatan menangani masalah tersebut bakal mengundang pelbagai masalah pada masa akan datang.

“Ia membantutkan aktiviti secara norma baharu di mana hari ini rakyat banyak bergantung kepada ruang maya untuk mendapatkan maklumat khususnya seperti maklumat mengenai Covid-19.

“Selain itu juga aplikasi MySejahtera yang menawarkan pelbagai ruang seperti tempahan vaksin pasti tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya capaian ini lemah.

Advertisement

“Kerajaan perlu segera menyelesaikan perkara ini dan sekiranya sidang Dun mula berlangsung saya akan membawa serta mendesak kerajaan merealisasikan perkara itu,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top