BM | EN | 中文

Linde bina loji baharu bernilai RM28 juta di Muar

Linde-Malaysia.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Linde Malaysia hari ini mengumumkan ia telah menyiapkan dan memulakan loji baharu di Muar, Johor untuk membekalkan nitrogen gas ketulenan tinggi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Linde berkata loji bernilai RM28 juta itu direka dan dibina terutamanya untuk menyokong permintaan yang kian meningkat daripada STMicroelectronics, pengeluar semikonduktor global terkemuka yang mempunyai kilang di Muar.

“Dibina dengan teknologi canggih, ECOGAN5 ialah loji yang menjimatkan tenaga, cekap dari segi kos dan boleh dipercayai serta mampu membekalkan aliran nitrogen gas secara berterusan,” katanya.

Advertisement

Presiden Linde (Asean), Binod Patwari berkata pelaburan itu merupakan bukti komitmennya bukan sahaja untuk industri elektronik di Malaysia tetapi juga pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.

“Linde mempunyai hubungan lama dengan STMicroelectronics iaitu lebih 30 tahun, dan saya bangga melihat kerjasama kami terus berkembang,” ujarnya.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top