BM | EN | 中文

LIMA WARGA INDONESIA DITAHAN TERLIBAT AKTIVITI PENYELUDUPAN MANUSIA

penyeludupan-migran-1.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 4 NOV : Lima warga Indonesia berjaya ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran dan menggunakan jalan yang tidak diwartakan untuk keluar dari Malaysia.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, tangkapan pada Khamis lalu dilakukan kira-kira jam 10 malam di kawasan Tapak Pasar Malam Felda Gugusan Adela dalam satu operasi polis membanteras kes penyeludupan migran di daerah ini.

“Sepasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah membuat tangkapan seramai lima warganegara Indonesia terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan.

Advertisement

Lokasi lima warganegara Indonesia ditahan.

“Dalam tangkapan itu polis turut merampas dua buah kereta, tujuh buah telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai bernilai RM480,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati dua lelaki warganegara Indonesia bertindak sebagai ‘transporter’ untuk mengambil dan menghantar imigran.

Manakala selebihnya adalah warga Indonesia yang ingin balik ke negara asal dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Advertisement

“Kesemua tangkap dan rampasan dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 26A ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top