BM | EN | 中文

Lima tan sayur, buah-buahan diagih untuk penduduk Ayer Hitam

Jahid-bersama-sayuran-yang-akan-diedarkan-di-pusat-pengumpulan.jpg

Jahid bersama sayur-sayuran dan buah-buahan yang akan diedarkan kepada penduduk di sekitar Ayer Hitam

Advertisement

BATU PAHAT, 29 APR: Usaha bersama pelbagai pihak membolehkan jentera Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Ayer Hitam mengagihkan sumbangan makanan berupa sayur-sayuran dan buah-buahan kepada penduduk tempatan.

Mohd Jahid Zaini

Ketua Amanah Ayer Hitam, Mohd Jahid Zaini berkata sumbangan tersebut bertujuan membantu golongan yang memerlukan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Katanya, usaha itu sekaligus dapat menghimpunkan golongan dermawan di seluruh Ayer Hitam untuk kerja kebajikan.

Advertisement

“Ini adalah suatu usaha yang baik dan semangat ingin membantu dari pelbagai pihak. Sedikit sebanyak meringankan bebanan yang ditanggung oleh penduduk yang terkesan dengan PKP ini.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang menyumbang dan usaha ini akan diteruskan lagi kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak.

“Usaha kami bertujuan menjalinkan hubungan baik antara seluruh penduduk di Ayer Hitam dan dalam pada masa yang sama membantu mereka,” katanya.

Advertisement

Antara sumbangan yang diterima Amanah Ayer Hitam ialah dari pihak kebajikan Sooriya Udhayam Malaysia berbentuk sayur dan buah-buahan yanh dikumpul dari para pemborong di kawasan itu.

Kata Jaihd lagi, sasaran bantuan berdasarkan rekod pemohon di kawasan yang terkesan teruk dalam tempoh PKP ini.

Bantuan kepada frontliner

“Kita mengenalpasti lokasi yang terjejas teruk akibat PKP. Bantuan berbentuk makanan asas juga kita salurkan kepada mereka,” katanya lagi.

Advertisement

Tambahnya, bantuan berupa makanan serta keperluan asas turut diagihkan kepada petugas ‘frontliner’ di sekitar kawasan Ayer Hitam.

Hadir sama membantu dalam program agihan ialah Adun Yong Peng, Chew Peck Cheo bersama rombongan jentera dari pusat khidmat DUN.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top