BM | EN | 中文

Lima suspek pecah rumah dicekup

beng-yeow.jpg

Beng Yeow pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, hari ini.

Advertisement

KULAI, 6 JAN : Lima suspek termasuk seorang wanita yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah sejak dua bulan lalu ketika penghuninya ke tempat kerja berjaya ditahan polis dalam beberapa siri serbuan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian pecah rumah yang berlaku di Bandar Putra Kulai pada 27 Disember lalu, pada jam 2.11 petang, mangsa telah menerima panggilan dari isterinya menyatakan rumahnya telah dimasuki orang.

Katanya, mangsa kemudian membuat pemeriksaan di bahagian rumah dan mendapati sejumlah barang-barang berharga telah hilang dan kerugian dianggarkan RM55,000.

Advertisement

“Bertindak di atas maklumat, pada pada 1 hingga 3 Januari sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah dan balai polis Kulai telah membuat beberapa siri serbuan di kawasan Kulai, Senai, Permas Jaya, Larkin dan Skudai.

“Hasil serbuan telah berjaya menangkap empat lelaki dan seorang perempuan berusia 19 hingga 31 tahun.

“Polis juga berjaya merampas sebuah kereta wira, 25 resit pajak gadai, 13 utas rantai emas, 19 bentuk cincin, lapan loket, empat subang, dua jam tangan, satu plate emas, tiga gelang tangan dan peralatan pecah rumah,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, hari ini.

Tambahnya, hasil ujian saringan awal dadah mendapati dua suspek positif dadah dan semakan rekod lampau terhadap semua suspek mendapati empat daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

Jelasnya, salah seorang daripada suspek juga didapati masih dikehendaki bersabit Kajang Report Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Advertisement

“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek terlibat dalam kes-kes pecah rumah di daerah Kulai, Johor Bahru Utara dan Seri Alam.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan rakan sejenayah serta penglibatan mereka dalam kes-kes pecah rumah yang lain.

“Jika didapati terlibat, suspek boleh dituduh di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana telah melakukan pecah rumah jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebatan,”katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top