BM | EN | 中文

LIMA SAHABAT MAMPU PEROLEH PENDAPATAN SEHINGGA RM3,000 SEBULAN

IMG-20191029-WA0003.jpg
Advertisement

PONTIAN, 29 OKT : Lima sahabat tidak menyangka boleh memperolehi pendapatan lumayan sehingga RM3,000 sebulan selepas mengikuti Kursus Kimpalan 6G (Minyak dan Gas).

Kursus berkenaan adalah di bawah Program Johor Upskilling and Reskilling selama 10 hari anjuran Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI).

Ia turut mendapat kerjasama pusat latihan Seri Alam Technology College yang man turut melibatkan seramai 25 golongan belia lain yang terpilih.

Advertisement

Bekas peserta, Mohamad Juwahir Ratiwan, 21, yang berasal dari Kluang berkata, dia mengetahui tentang kursus tersebut selepas dimaklumkan oleh rakannya semasa menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Kulai melalui aplikasi sosial, WhatsApp.

Katanya, dia bersama empat lagi rakannya iaitu Mohd Alif Azman, Mohd Iqbal Asri, Mohd Hafikal Azizan dan Amirhizan Mazilan masing-masing berumur 19 tahun kemudian berusaha memohon kursus berkenaan.

“Kebetulan kami baharu sahaja memperolehi diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua dalam bidang kimpalan dan ketika itu kami tiada hala tuju kerana kesukaran untuk mendapat pekerjaan.

Advertisement

“Jadi, selepas mendapat tahu berkenaan kursus ini, kami terus mohon dan tidak sangka kami layak dan sepanjang tempoh kursus, kami memang didedahkan dengan perkara baharu berkenaan kaedah kimpalan 6G terutamanya dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Dia ditemui semasa menerima surat tawaran pekerjaan pada Program Karnival Kerjaya Johor Bestari 2019 Daerah Pontian yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Sheikh Umar Ali di Padang Awam Pekan Nenas, di sini, Sabtu lalu.

Turut hadir ialah Pengurus Besar SMI, Saifuddin Abdul Rahim dan Pengurus Kanan Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB), Yang Mulia Ungku Mohamed Alif Farouk.

Advertisement

Seorang lagi rakannya, Mohd Alif dari Muar berkata, dia menganggap kursus secara percuma ini sebagai rezeki buatnya kerana turut ditawarkan pekerjaan di industri sejurus tamat latihan.

“Setiap bulan saya dan rakan-rakan lain mampu memperolehi pendapatan sebanyak RM3,000 ke atas sekiranya bekerja lebih masa dan saya juga dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga saya

“Saya anggap kursus ini sebagai pembuka rezeki kami kerana pada usia muda ini, saya tidak menyangka dibayar gaji dengan jumlah yang agak besar ini dan selepas ini saya bercadang untuk meningkatkan lagi kemahiran saya di dalam bidang kemahiran dan kimpalan ini,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Seri Alam Technology College, Nazrin Nordin berkata, kelima-lima sahabat ini juga sudah bekerja hampir tiga bulan sebagai pengimpal di Syarikat SBN Industries Sdn Bhd di Masai, di sini.

Untuk rekod, Program Johor Upskilling & Reskilling ini dirancang berdasarkan kehendak semasa industri yang seterusnya akan membolehkan peserta memperolehi pekerjaan sebaik sahaja tamat latihan kemahiran.

Ia juga bertujuan meningkatkan peluang dan penempatan pekerjaan di negeri ini dan seterusnya mengurangkan kadar pengganguran di Johor.

Advertisement

Selain Kursus Kimpalan 6G ini, terdapat lima lagi kursus yang telah berjaya dilaksanakan dan sedang berjalan iaitu Kursus Penyelamat Taman Tema Air, Kursus Pemasangan Perancah Tahap Asas, Kursus Operasi Servis Makanan dan Minuman, Kursus Keselamatan Tapak Bina, dan Pendawaian Elektrik.

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top