BM | EN | 中文

Lima rumah terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

fire.jpg

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran ketika kejadian tersebut

Advertisement

TANGKAK, 26 DIS: Lima buah rumah di Simpang 5 Pekan Bukit Gambir, di sini, terbakar dalam kejadian yang berlaku 11.04 pagi tadi.

Bagaimanapun, Pegawai Operasi Penolong Peguasa Bomba Nur Rashid Mamat berkata, kebakaran tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa kerana kesemua penghuni tiada di dalam rumah ketika kejadian.

Katanya, seramai 29 anggota daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, BBP Tangkak dan BBP Muar terlibat dalam operasi pemadaman.

Advertisement

“Pada kejadian tersebut, rumah pertama terbakar 90 peratus, rumah kedua dan ketiga terbakar 70 peratus. Manakala rumah keempat dan kelima terbakar 50 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tambahnya lagi, operasi pemadaman dilakukan menggunakan air pam jentera selain dibantu air dari tanker BBP Muar dan operasi ditamatkan pada jam 12.58 tengahari tadi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top