BM | EN | 中文

Lima remaja pamer aksi bahaya di lebuhraya Linkedua ditahan

Lima-remaja-pamer-aksi-bahaya-ditahan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 FEB: Keseronokan lima remaja melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal tidak bertahan lama apabila mereka ditahan dalam operasi di Lebuhraya Link Kedua, Kulai, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata, dalam Operasi Samseng Jalanan, Skuad 42 Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Kulai, menahan remaja lelaki berusia 16 hingga 19 tahun yang melakukan aksi ‘Sperman’ pada jam 10.30 malam.

‘Semasa operasi itu, remaja berkenaan menunggang motosikal dengan kelajuan tinggi serta melakukan aksi zig-zag, menundukkan badan serta kedua-dua kali ke belakang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Advertisement

Dalam operasi itu, sebanyak 26 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sementara lima buah motosikal turut disita.

Semua suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top