BM | EN | 中文

Lima remaja lelaki di Johor ditahan bantu siasatan kes pukul pelajar

pelajar-pukul-vadai-johor-taman-daya.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 APR: Polis semalam menahan lima remaja lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dipukul di depan sebuah sekolah di kawasan Taman Daya, di Johor Bahru Khamis lepas (8 April).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata mereka yang berusia 15 hingga 17 tahun terbabit ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada hari yang sama.

Menurut laporan itu, dalam kejadian pada 10.45 malam tersebut, mangsa mendakwa dipukul lima remaja lelaki yang tidak dikenalinya ketika dia sedang berbual dengan rakan di depan sekolah berkenaan.

Advertisement

“Kejadian didakwa berlaku kerana rasa tidak puas hati seorang daripada lima remaja berkenaan terhadap pelajar itu yang dikatakan mengejek adik saudaranya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Padzli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan ugutan jenayah.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top