BM | EN | 中文

Lima projek jalan dan jambatan di Johor Bahru lewat disiapkan

solihan-badri-Lima-projek-jalan-dan-jambatan-di-Johor-Bahru-lewat.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 SEPT: Kerajaan negeri mengenal pasti lima projek pembinaan jalan dan jambatan di bawah seliaan yang mengalami kelewatan antara enam bulan hingga satu tahun untuk disiapkan di seluruh daerah ini.

Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri berkata, faktor utama projek berkenaan mengalami kelewatan adalah disebabkan pandemik Covid-19.

Katanya, selain daripada penutupan sektor pembinaan, syarikat kontraktor turut menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja, kekurangan bekalan bahan mentah serta masalah pengurusan.

Advertisement

“Setakat ini, terdapat lima projek pembinaan jalan dan jambatan yang dikenal pasti lewat untuk disiapkan di daerah Johor Bahru.

“Antara projek itu termasuklah kerja naik taraf dan pembinaan baharu jambatan Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang; kerja naik taraf jalan utama Gelang Patah – Ulu Choh dan kerja melebar sungai Masai di Jalan Masai Lama,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak kerja naik taraf jalan dari Taman Kempas Utama ke Kampung Maju Jaya, di sini hari ini.

Advertisement

Sementara itu, berhubung projek kerja naik taraf jalan dari Taman Kempas Utama ke Kampung Maju Jaya sepanjang 2.2 kilometer berkenaan, Solihan memberitahu, projek yang dimulakan pada Februari 2018 itu sepatutnya siap Julai lalu.

“Dalam kes jambatan ini, antara sebab utama kelewatannya adalah struktur jambatan tersebut yang mana kerangka jambatan itu tidak dapat disiapkan oleh kilang kerana tidak dibenarkan beroperasi sebelum ini.

“Tapi, kini, ia telah kembali memulakan operasi dan dijangka akan dapat membekalkan struktur berkenaan dalam masa terdekat,” ujar yang memaklumkan pihaknya menjangka projek bernilai RM29.6 juta itu bakal siap menjelang akhir tahun ini.

Advertisement

Sehubungan itu, Solihan turut mengingatkan kontraktor supaya memastikan pengurusan termasuk kewangan dijaga dengan baik supaya ia tidak dijadikan alasan kepada kelewatan projek.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top