BM | EN | 中文

Lima lembaga kemajuan wilayah tawar kecualikan bayaran premis niaga, sewa tanah mulai Ogos

dr-latif-ahmad.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 JUL: Usahawan dan peniaga kecil di lima Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) akan menikmati insentif termasuk pengecualian bayaran premis perniagaan dan sewa tanah mulai Ogos hingga Disember ini bagi membantu mereka yang terjejas akibat COVID-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata ia merupakan antara lima insentif dirangka kementerian di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM5,439,013.08 dan dijangka memberi manfaat kepada 3,815 usahawan, penyewa dan peminjam.

Beliau berkata kumpulan sasar berkenaan juga akan turut menikmati penangguhan bayaran sewa rumah dan bayaran balik pinjaman sepanjang tempoh berkenaan.

Advertisement

“Dalam tempoh sama, program keusahawanan di kesemua LKW turut akan distruktur semula dan diperluas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kelima-lima LKW itu ialah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA); Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR); Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Abd Latiff berkata di KEDA, ia melibatkan pengecualian bayaran sewa kepada usahawan dan syarikat yang menjalankan perniagaan di premis Industri Kecil dan Sederhana, hartanah dan tapak tanah KEDA, selain penangguhan bayaran sewa kepada penyewa rumah KEDA.

Advertisement

Sementara di KEJORA antaranya melibatkan penangguhan bayaran sewa rumah-rumah kampung tersusun, penangguhan bayaran balik pinjaman bagi 60 unit Rumah Pangsa Bandar Tenggara dan pengecualian bayaran sewaan premis lima unit bangunan komersial atau tapak perniagaan KEJORA.

Di KESEDAR pula melibatkan penangguhan dan penjadualan semula bayaran balik Skim Pinjaman Ekonomi KESEDAR dan pengecualian bayaran sewaan premis KESEDAR dengan syarat setiap penerima adalah terjejas, tiada tunggakan bayaran balik atau sewaan dalam tempoh tiga bulan terakhir.

Selain itu di KETENGAH, ia melibatkan pengecualian bayaran sewa premis perniagaan dan perumahan KETENGAH, penangguhan bayaran sewa beli perumahan KETENGAH dan diskaun 30 peratus ke atas bayaran sewa tanah pertanian dan premis penternakan KETENGAH.

Advertisement

Di PERDA pula melibatkan penangguhan dan penjadualan semula bayaran balik skim pinjaman PERDA, pengecualian bersasar bayaran sewaan premis dan tanah milik PERDA dan pengecualian sewa rumah PPRT Tok Alang, Seberang Prai Utara.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top