BM | EN | 中文

LIMA LELAKI DITAHAN DISYAKI TERLIBAT PENYELUDUPAN MIGRAN

penyeludupan-migran-e1570590061789.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 9 OKT : Polis berjaya menahan lima lelaki disyaki terlibat dengan penyeludupan migran dan menggunakan jalan yang tidak diwartakan untuk keluar Malaysia di kawasan kuari Sungai Rengit, Kota Tinggi, kelmarin.

Ahsmon Bajah

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, tangkapan pada Isnin kira-kira jam 10 malam itu dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Seramai lima orang, terdiri daripada tiga lelaki tempatan bertindak sebagai tekong bersama dua lelaki warganegara Indonesia lingkungan umur 26 tahun hingga 51 tahun berjaya ditahan dalam operasi berkenaan.

Advertisement

Kereta jenis Honda Odyssey yang dirampas dalam serbuan itu.

“Polis turut merampas sebuah kereta jenis Honda Odyssey dan wang tunai berjumlah 4,600,000.00 Rupiah.

“Kesemua individu ditangkap kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan migran dan menggunakan jalan yang tidak diwartakan untuk keluar Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, kes disiasat dibawah Seksyen 26A Atipsom 2007 (pin 2002) dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (pin 2002).

Advertisement

Lokasi tangkapan lima lelaki yang disyaki terlibat dengan penyeludupan migran di Sungai Rengit, Kota Tinggi, kelmarin

Dalam perkembangan lain, Ahsmon memaklumkan bagi tahun 2018 bermula 1 Januari hingga 30 September,  Op Pintasan Selatan telah berjaya membuat 30 serbuan.

Katanya, seramai 24 orang tekong bersama 193 orang warga asing berjaya ditangkap dan dituduh di Mahkamah bagi tempoh tersebut.

“Manakala bagi tahun 2019 untuk tempoh yang sama sebanyak 47 serbuan dilaporkan serta seramai 19 orang tekong, bersama 148 orang warga asing telah berjaya ditangkap dan telah dituduh di Mahkamah Kota Tinggi,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top