BM | EN | 中文

Lima lelaki ditahan curi besi pencawang TNB di Segamat

Lima-ditahan-curi-besi-pencawang-TNB-di-Segamat.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 OKT: Lima lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki mencuri kira-kira empat tan besi menara pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang sedang dalam pembinaan di Kampung Awat, Batu Anam, dekat Segamat, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata TNB membuat laporan polis setelah mendapati besi menara pencawang tersebut hilang di kampung berkenaan.

Katanya, bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya mengesan dan menahan dua suspek berusia 34 dan 35 tahun di Tampin, Negeri Sembilan pada hari yang sama.

Advertisement

“Menurut pekerja, besi tersebut ditinggalkan waktu petang Sabtu lalu, namun selepas kembali semula dua hari kemudian, mereka mendapati besi berkenaan telah tiada.

“Hasil siasatan daripada penahanan dua suspek ini, kami berjaya merampas sebuah lori tiga tan yang dipercayai digunakan untuk mengangkut besi kerangka pencawang yang dianggarkan seberat 3,510 kilogram itu serta sekeping resit jual beli,” katanya, lapor Bernama.

Dalam kenyataan semalam beliau berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

Advertisement

Menurutnya, susulan tangkapan kedua-dua suspek itu, pihaknya turut berjaya menahan tiga lagi lelaki tempatan berusia 37, 29 dan 62 tahun di sekitar pusat pengumpulan barang-barang terpakai di daerah Segamat semalam, selepas dipercayai turut terbabit dalam kes berkenaan.

Raub berkata kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top