BM | EN | 中文

Lima kapal dagang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Kota Tinggi diusir

kapal.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 29 NOV: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor telah mengusir lima buah kapal dagang berasal dari pelbagai negara, kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Tompok Utara, berhampiran Kota Tinggi, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kesemua kapal yang berdaftar di Dominica, Indonesia, Palau, Panama serta Liberia itu, diusir menerusi satu operasi.

“Sebuah kapal ronda APMM telah ditugaskan untuk mengusir kapal-kapal dagang terbabit, yang disahkan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) tidak mempunyai kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata perairan Tompok Utara menjadi kawasan tumpuan bagi kapal-kapal dagang untuk bersauh, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu, berikutan kebanyakan negara mengambil langkah sekatan pergerakan keluar masuk di pelabuhan utama.

Katanya keadaan tersebut menyebabkan kapal-kapal dagang mengambil kesempatan untuk bersauh di sekitar perairan Malaysia, tanpa kebenaran.

Menurut Nurul Hizam, sepanjang bulan ini, pihaknya sudah mengusir 23 kapal dagang di perairan Tompok Utara, manakala menahan kira-kira 17 kapal dagang di perairan Johor Timur, sepanjang tahun ini.

Advertisement

“Diingatkan bahawa perairan Permatang Timur (Eastern Bank), Beting Ramunia (Ramunia Shoal) dan Tompok Utara (North Patch) masih berada dalam Zon Maritim Malaysia dan bukannya perairan antarabangsa, walaupun jaraknya melebihi 12 batu nautika dari daratan terdekat.

Justeru, sebarang aktiviti di perairan tersebut, perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa Malaysia bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil,” katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan Nurul Hizam sebagai berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan jenayah maritim di perairan Johor, boleh menghubungi talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di 07-2199404.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top