BM | EN | 中文

LIMA INDIVIDU DITAHAN KETIKA MEMBUAT AKSI BERLUMBA

motor-yang-disita.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU – Lima individu sedang membuat aksi berlumba serta menunggang motosikal secara berbahaya ditahan polis di Jalan Persiaran Sinaran Ilmu, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Ismail Dollah berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 6.30 petang menerusi operasi samseng jalanan.

“Hasil pemerhatian dan pemantauan risikan atau operasi skuad 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam telah menahan lima individu berkenaan.

Advertisement

“Mereka membuat aksi berlumba bersaing diantara satu sama lain dan membuat pusingan U dan memecut laju dan menunggang secara merbahaya.

“Semasa serbuan dibuat lima individu tersebut cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ismail berkata, kesemua individu ditahan dan motosikal disita serta dibawa ke IPD Seri Alam.

Advertisement

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top