BM | EN | 中文

Lima individu dipercayai tahanan melarikan diri dari depot imigresen Pekan Nanas

Ayob-Khan.jpg
Advertisement

PONTIAN, 24 OKT: Lima individu dipercayai tahanan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian melarikan diri pada 17 Oktober lepas.

Semua tahanan itu difahamkan membabitkan kes imigresen dan dalam proses pengusiran pulang ke negara asal.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata polis menerima laporan itu pada 17 Oktober di Balai Polis Simpang Renggam.

Advertisement

Usaha untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut mengenai kes berkenaan daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor bagaimanapun gagal.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top