MUAR, 8 DIS : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa selama lima hari untuk memadam kebakaran seluas dua ekar di tapak pelupusan sampah di Bukit Bakri, di sini.
Kebakaran yang bemula sejak 3 Disember pada jam lebih kurang 11.12 pagi itu telah melibatkan kebakaran di sepanjang lereng bukit berketinggian lima tingkat.

Proses penggalian longgokan sampah
Menurut pegawai operasi Peguasa Kanan Bomba II, Ketua Zon 4, JBPM negeri Johor, Emil Toihin, kebakaran tersebut bejaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.30 petang semalam.
“Seramai 26 anggota yang tediri daripada jabatan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan syarikat World Wide telah terlibat dalam operasi pemadam ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, operasi pemadaman melibatkan beberapa aliran daripada pam jentera, water tanker selain daripada sumber air terbuka.
“Pada operasi tersebut, tiga buah mesin pengorek (excavator) telah melakukan proses penggalian longgokan sampah yang terbakar sebelum pihak bomba memadamkan kebakaran di tapak itu,” katanya.
Beliau berkata, peratus kawasan kebakaran berjaya dipadamkan kepada 100 peratus dari jumlah keluasan dan operasi ditamatkan pada jam 5.30 petang semalam.
JohorKini