BM | EN | 中文

Lima ahli sindiket didakwa edar dadah sekitar Johor Bahru

Mahkamah_Johor_Bahru.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 JAN: Seorang ketua dan empat ahli sindiket dadah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, keseluruhannya membabitkan 18 pertuduhan mengedar dadah di sekitar Johor Bahru, awal bulan ini.

Ketua sindiket Goh Chee Kuang, 44, dan teman wanitanya, Lee Chia Hui, 33, serta tiga lelaki, Bally Paw Shaw Kiat, 38, serta pasangan adik-beradik Lye Chang Pung, 39, dan Lye Chang Lim, 36, memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nurmadiana Mamat.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Advertisement

Chang Pung berdepan lima pertuduhan, Paw berdepan empat pertuduhan manakala Goh, Lee serta Chang Lim, masing-masing didakwa dengan tiga pertuduhan.

Kesemua mereka secara bersama didakwa mengedar beberapa jenis dadah berbahaya termasuk ketamin dan methamphetamine seberat lingkungan 102 gram hingga 210 kilogram di Taman Mount Austin, Taman Baiduri serta Taman Setia Indah, di sini, antara 9 dengan 15 Jan lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Faizal Noor Hadi dan Suriani Ujang manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Micheal K. L. Chee dan Kevin Quah Kai Weng.

Mahkamah menetapkan 26 April ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top