BM | EN | 中文

Lim Guan Eng cadang ‘Belanjawan Perpaduan 2021’, selamatkan mata pencarian rakyat

Muhyiddin-Lim-Guan-Eng.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 NOV: Kerajaan dicadang untuk memulakan proses perundingan Belanjawan Perpaduan 2021 dengan parti-parti pembangkang bagi memenuhi aspirasi Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam berkata, ia bagi mengatasi peningkatan terbaru jangkitan COVID-19 dan membantu ekonomi rakyat Malaysia.

“Tidak ada pihak yang dapat mempertikaikan bahawa lebih banyak dana harus diperuntukkan untuk barisan depan negara yang sedang memerangi gelombang ketiga jangkitan COVID-19 ini.

Advertisement

“Walau bagaimanapun, bantuan kewangan untuk membantu sektor ekonomi negara dapat membantu menyusun belanjawan perpaduan yang menyatukan semua rakyat Malaysia.

“Belanjawan perpaduan tersebut mesti dengan jelas dan tegas menyediakan perisai ekonomi COVID-19 berjumlah RM31.4 bilion untuk menyelamatkan pekerjaan dan mata pencarian serta perniagaan yang menghadapi penutupan,” kata ahli parlimen Bagan itu.

Beliau berkata, Malaysia mengalami penguncupan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 17.1% pada suku kedua tahun ini.

Advertisement

Manakala difahamkan satu juta rakyat Malaysia dijangka menganggur menjelang September 2020, menunjukkan krisis ekonomi yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia golongan pekerja.

Justeru katanya, kerajaan perlu menyediakan ‘perisai ekonomi’ Belanjawan Perpaduan 2021′ yang dijangka menelan belanja RM31.4 bilion terdiri daripada langkah tiga serampang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top