BM | EN | 中文

Liga Super: Perlawanan KDA FC, JDT tanpa kehadiran penonton

kda-fc-JDT.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Perlawanan Liga Super membabitkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan JDT yang dijadualkan berlangsung Selasa ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar bakal dilangsungkan secara tertutup tanpa kehadiran penonton.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, langkah itu diambil ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kota Setar iaitu lokasi terletaknya stadium tersebut.

“Prosedur operasi standard (SOP) pengelolaan perlawanan tanpa penonton bagi kawasan PKP, kini diaktifkan semula susulan pengumuman dibuat kerajaan semalam.

Advertisement

“Justeru, tiada jualan tiket dibenarkan dan tiket-tiket yang telah terjual akan dibayar balik oleh pihak TicketHotline International,” katanya dalam satu kenyataan.

Kota Setar merupakan salah satu daripada lima daerah di ne­geri yang dilaksanakan PKP selain Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim.

Pelaksanaan PKP di kelima-lima daerah itu bermula semalam hingga 14 Mei ini.

Advertisement

Terdahulu, Ab. Ghani dilaporkan Kosmo sebagai berkata, MFL dalam masa sama akan mengetatkan pematuhan SOP dan tahap disiplin gelembung sukan kepada pegawai serta pemain kedua-dua pasukan, pegawai perlawanan serta petugas berkaitan.

Menurutnya kesemua mereka perlu melakukan ujian Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen sehari sebelum atau pada hari perlawanan.

“Semua itu akan berjalan di sepanjang tempoh PKP hingga perkembangan terbaharu diumumkan kerajaan kelak

Advertisement

“Saya berharap agar semua pihak terlibat akan terus mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi keselamatan dan kesihatan diri masing-masing serta kelancaran saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top