BM | EN | 中文

Liga Super 2021: Selangor ikat JDT

JDT-diikat-Selangor.jpg

Gambar Hiasan (Ehsan FB Johor Southern Tigers)

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 MAC: Johor Darul Ta’zim (JDT) diikat 1-1 oleh Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Malah, pemain pasukan Harimau Selatan itu gagal menyempurnakan dua sepakan penalti, sekali gus terlepas peluang untuk melakar kemenangan keempat berturut-turut apabila

Pasukan dengan jolokan Red Giants terlebih dulu mengejutkan Harimau Selatan dengan gol pembukaan seawal minit keenam menerusi penjaring terbanyak liga musim lalu, Ifedayo Olusegun.

Advertisement

JDT bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi penyerang baharunya, Bergson da Silva, lima minit kemudian.

Separuh masa pertama berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan melakukan serangan pantas dan menguji kubu lawan masing-masing.

JDT berpeluang mendahului saingan menerusi sepakan penalti pada minit ke-41, namun disia-siakan Gonzalo Cabrera apabila sepakannya melepasi gawang.

Advertisement

Separuh masa kedua bersambung dengan permainan pantas dan peluang terbaik Harimau Selatan di depan apabila dihadiakan sepakan penalti.

Namun cubaan Da Silva ke kiri gawang berjaya diselamatkan Khairulazhan yang tenang menepis keluar tendangan itu.

Keputusan 1-1 itu kekal sehingga pengadil, Hamdan Awang meniup wisel tamat perlawanan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top