BM | EN | 中文

Liga-M: Kenaikan harga tiket tidak dapat dielak – MFL

Liga-Bolasepak-Malaysia-MFL.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 MAC : Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak menghalang mana-mana pasukan menaikkan harga tiket perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) meskipun terdapat saranan supaya ia dikekalkan berikutan situasi semasa pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata kenaikan itu disebabkan faktor peningkatan kos yang bakal ditanggung pasukan apabila kehadiran penyokong ke stadium dibenarkan bermula 1 April ini.

Beliau berkata perbelanjaan pasukan akan meningkat apabila perlu menambah jumlah petugas di stadium selain menyediakan pelbagai kemudahan diperlukan sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memelihara konsep gelembung sukan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top