BM | EN | 中文

LGM, IRDA KERJASAMA GUNA TEKNOLOGI GETAH ASLI TERMAJU

lgm-irda.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 NOV: Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama penggunaan teknologi Cuplump Modified Bitumin (CMB) untuk pembinaan jalan dan tayar mesra alam berasaskan getah asli termaju, Ekoprena.

Projek kerjasama di antara LGM dan Irda ini merupakan salah satu komponen pembangunan wilayah Iskandar Malaysia di Johor, iaitu Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) dimana dijangka dapat meliputi 90 peratus kawasan populasi di Iskandar Malaysia.

Ketua Pengarah LGM Datuk Dr Zairossani Mohd Nor, berkata penggunaan teKnologi CMB dapat meningkatkan ketahanan jalan, rintangan keretakan, penuaan dan rintangan gelincir yang baik selain mengalakkan penggunaan getah domestik di Malaysia bagi pembinaan jalan di kawasan tersebut.

Advertisement

“Penggunaan telapak tayar Ekoprena pada bas IMBRT pula akan memberikan rintangan guling (rolling resistance) yang rendah dan mempunyai cengkaman basah yang tinggi untuk penjimatan tenaga dan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Irda Datuk Ismail Ibrahim berkata kerjasama ini adalah selari dengan usaha Green Economy Guideline (GEG) dan Low Carbon Society oleh pihak Irda untuk memastikan Iskandar Malaysia menjadi bandaraya hijau dan mampan.

“Kerjasama ini dijalankan bagi mengkaji teknik pembinaan jalan yang inovatif dengan menggunakan getah asli yang akan menghasilkan infrastruktur yang lebih baik di Malaysia,” katanya.

Advertisement

Tambahnya, IMBRT merupakan projek yang akan memberi keselesaan kepada rakyat kerana akan mengurangkan kos sara hidup dan memudahkan perjalanan rakyat di Iskandar Malaysia.

Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Menteri Industri Utama Teresa Kok yang di adakan di Kementerian Industri Utama, baru-baru ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top