BM | EN | 中文

Lewat siap projek perparitan punca banjir di Sungai Suloh

Lewat-siap-projek-perparitan-punca-banjir-di-Sungai-Suloh-Khairuddin-Adun-Senggarang.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 17 OGOS: Projek naiktaraf sistem perparitan di Kampung Sungai Suloh sepanjang 800 meter yang lama tergendala dikesan punca utama banjir yang berlaku di kawasan berkenaan baru-baru ini.

Keadaan banjir di kawasan kampung

Menurut Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata projek naiktaraf sistem perparitan yang bermula pada akhir tahun 2019 itu telah lewat disiapkan sehingga hari ini.

Katanya, projek tersebut telah diumumkan oleh bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian pada akhir tahun 2018 bernilai RM13 juta selepas banjir besar melanda kawasan ini pada September 2018.

Advertisement

“Kita juga mendapati pada masa sekarang , terdapat projek pembinaan 4,000 unit kediaman taman perumahan baru berdekatan sedang rancak melaksanakan kerja-kerja tanah di Bukit Banang.

Kawasan perumahan baru

“Hasil atau kesannya projek pembinaan rumah yang sedang rancak itu telah meningkatkan lagi masalah kerana aliran air memasuki sungai yang sama membuatkan sungai menjadi cetek dan mengakibatkan banjir mudah berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Khairuddin yang juga ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor mencadangkan kajian terperinci segera terhadap kemampuan sungai berdekatan menampung aliran air yang bertambah.

Advertisement

Beliau juga telah membentuk satu jawatankuasa dianggotai masyarakat dua kampung berhampiran dan berbincang dengan YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat baru-baru ini.

Tambahnya, projek naik taraf sistem perparitan yang kelewatan juga perlu disegerakan demi menjaga ketenteraman penduduk di sekitar kampung berkenaan.

Khairuddin turun padang bertemu mangsa banjir

“Kita mendesak kerajaan agar segera siapkan projek perparitan tersebut untuk mengelakkan dari banjir ini berlaku.

Advertisement

“Selain itu, siasatan pembinaan perumahan di kawasan berdekatan turut perlu diambil kira untuk melihat adakah ia punca kepada masalah banjir ini berlaku.

“Saya akan membawa aduan ini ke sidang Dewan Undangan Negeri akan datang untuk mendapatkan jawapan dari pihak kerajaan berkenaan masalah di kawasan kampung ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top